Friday, 13 January 2017

Modenas Dinamik 120 convert Kawasaki Leo Star




Assalamualaikum Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia..
Sbelum aku ceritakan pasal dinamik murtad aku ni,,aku perkenalkan sikit diri aku dulu laa..bak kata pepatah "Tak kenal maka tak cinta" hahaha..

Nama singkatan aku Zarul,aku berasal daripada Kem Sg.Udang,Melaka dan sekarang menatap di Kota Tinggi,Johor.Aku mula kenal dinamik ni daripada kawan aku Azrol Izat,dia suruh aku angkat dinamik ni sebab dengar ceritaya standard2 pun dah sedap..lagi pun masa tu kt tmpat aku tak pernah ada org pakai lagi..(kalau tak silap laa)..jenis aku ni suka buat benda yang aku ada orang lain tak ada..senang ckp "limited" laa..

okey ni motor first time aku..Modenas Dinamik 120
 warna kuning..aku ambil pada 
‎11 ‎January, ‎2015

(muka baru bangun tidur..hahah)

aku sbenarnya first time main motor dua lejang nii dan org prtama pakai kt tmpat aku tu..kne kecam tu perkara biasa..yelaa jenama pun modenas lagilah bentuk ntah pape kan..? pedulilaa apa yg org nk ckp janji kita ikut kemampuan,,tapi ternya memng betul pun,selang seminggu terus naik highwy..bukan nk cakap besar ke apa cuma tak sngka stndrd kluar kdai fulllock boleh dapat 160kmh(kata org,,motor jgn nk dimanjakan sngt).


 tiba hari raya tukar baju pulak,,nk sama2 biru..(spoket besar2 nak pergi mana..?)hahaha

haa..nk cerita pasal wrna biru nii pulak...sbenarnya biru nii repaint jee,buat dekat sdare sbb dia ada bengkel airbrush..nk beli set ori biru takada lgi sbb time tu brng dinamik kt Johor susah sikit nk dpt..sticker biru ni pun aku order pos drpd Utara,sbb blah utara diorng senng nk dpt brng..lgi pn dekat dgn Kilang Modenas..
Masa pkai set biru nii kt tmpat aku dah ada jugak laa sorang dua yg pakai dinamik..tapi masa tu keluaran warna biru tak keluar lgi..ada jugak laa yang tanya mana dpt set biru nii..kiranya masa tu set biru boleh dikatakan limited lgi..hehe,

 nak rasa kelainan bunyi sikit mula laa tukar paip,masuk enkei kawasaki rr

lgi satu jenis aku nii,,minat kpd plessing..haa,aku pakai paip ni pun bukannya motor buat lumba..cuma tukar besarkan sikit mj/pj buat sedap2 bunyi,plessing2 kampung je..dlm masa yg sama cuba pulak pasang rpm belajar sndiri..dengan bermodalkan rpm murah2 je,,boleh laa just utk suka2..nk tengok video hasil rpm yg aku dh buat,boleh search kt youtube "Modenas Dinamik 120 RPM Meter "

haa..ni nk cerita sikit pasal dinamik yg telah dimurtadkan kepada Kawasaki Leo Star.
pada mulanya aku terfifkir jugak dinamik nii boleh main convert2 ke..? aku buat research tnya2 group org lama,rupanya ada..Kawasaki Leo Star...kalau kita tengok gmbar kt bwah nii..body,lmpu blakang,swing arm,ekzos,enjin sama kawa leo dngn dinamik..cuma depan lain sedikit seakan2 kepala suzuki belang..

Nak cerita sedikit sejarah dinamik..

Pada dasarnya, Dinamik telah dihasilkan dengan enjin Kawasaki. Namun begitu, untuk menjadikannya sebuah motosikal mampu milik dan bukannya motosikal berkuasa tinggi, Modenas telah menghasilkan ‘super Cub’ buatan mereka sendiri dengan menggunakan blueprint Kawasaki.Tambahan pula, model Dinamik yang terdahulu tidak disekat kelajuannya dan kelajuan maksima boleh mencecah sehingga 205km/j.
ayat ni aku copy sikit je drpd otai2 blogger lain..kalau nk baca lebih lanjut boleh laa search "asal usul dinamik".

Dan inilah hasil convert yang aku buat sndiri..ramai yg tnya aku dpt sticker drpd mana..

sebenarnya sticker aku buat sendiri..tekap pakai surat khabar kt body..gunting sticker pakai free hand..nk percaya atau tak terpulang..siapa yg dh jumpa aku diorng belek tengok dekat2 diorng tahu laa..boleh la ada daripada tak ada..cuma leker tanam aku hntar kt sdare aku yg ada bengkel airbrush tuu..
sport rim enkei 6 batang biru gp full chop jer..cukup laa buat modal plessing2 petang minggu..hahaha
ada yg tnya jgk mana aku dpt r9 mugello std dinamik tuu..aku beli pos jer.. kepada sesiapa yg berminat boleh contact seller kt facebook Yadi Madrid
lampu belakang aku guna Honda Nova Dash ...banyak jugak yg nk kne modie wiring,tapak..tu yg nmpak renggang sikit
setakat itu saja lah yg aku nk cerita..aku cerita pn sebb ramai yang tanya..klau ada soalan lgi boleh laa komen..nk kecam pun boleh..hahaha,,sorry klau spanjang cerita aku nii kalau2 ada ter'typo ke..sebb manusia tak lari dari kesilapan..cewwahhh..nk tnya chat personal pun boleh..ni fb aku Zarul Izzudeen.
ni ada video kat youtube sikit yang aku dh buat..boleh search " Modenas Dinamik120 Convert 80% Kawasaki LeoStar".
buat masa ni aku tak ambil tempahan lgi untuk buat strike kawa leo,sebb korng pn faham kn buat pakai free hand mcm mana..mcm yg aku ckp tak sempurna mcm mana mesin cetak..inshaallah kalau rmai permintaan aku buat..

"Majulah Sukan Permotoran"






10 comments:

  1. assalamualaikum...bro engine semua tu yang leostar ke modenas punya x berpa nk nampak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ENJIN LEOSTAR NI SAMA DENGAN LEPSTAR. HANYA MODENAS JUST TUKAR LAMABANG JE

      Delete
  2. Bro, lampu belakang tu apa nama dia? Mne nak Cari?
    Ws kalau sapa Ada Tau jual Kat mne +60188737928

    ReplyDelete
  3. Mcm mne nk mody lampu nova tu boss pening jgak di buatnye..

    ReplyDelete
  4. Tuan. Mcm mana nk masuk rim rr tu? Bracket dics depan pakai model apa?

    ReplyDelete
  5. Mana nak cari lampu belakang tu..

    ReplyDelete
  6. Bracket dics depan apa jenis boss?

    ReplyDelete
  7. Saya nak tnya tapak cariper brek dapat mana?masa pakai rim rr.bleh tlg dapatkan untuk saya tak?

    ReplyDelete